Sony telah mengumumkan filem Labubu kini dalam fasa pembikinan awal.
Labubu ialah patung koleksi terkenal yang dijual secara blind box yang telah dicipta oleh seorang artis Hong Kong bernama Kasing Lung pada tahun 2015.
Menurut laporan di Deadline, Sony mengatakan studio Culver City telah mendapatkan hak untuk Labubu.
Kegilaan Labubu sudah tidak dapat disangkal lagi selepas Pop Mart mengambil alih dan mula menjual pada tahun 2019.

Foto: Dope! Gallery
Labubu ada salah satu siri cerita The Monsters yang mengambil inspirasi daripada cerita budaya rakyat Nordic.
Mengikut laporan tahunan dari Pop Mart, siri The Monsters telah menjana AS$430 (RM1.7 bilion) dan tahun ini sahaja The Monsters telah menjana AS$670 juta (RM2.78 bilion).
Penceritaan filem ini masih dalam misteri dan ramai mengharapkan filem ini mengadaptasikan siri dari The Monsters.

setahun yang lepas