Jason David Frank atau lebih dikenali peminat sebagai Tommy Oliver kini meninggal dunia pada usia 49 tahun.

“Dia sangat menyayangi keluarganya, rakan dan peminat,” menurut wakil bercakap kepada portal TMZ.
Dikatakan punca kematian adalah akibat dari bunuh diri.
Namun, sebabnya kenapa Jason membuat perkara itu masih tidak diketahui.

Sebagai Green Ranger dan kemudian White Ranger, Frank sudah menjadi tunjang untuk francais Power Rangers di Amerika Syarikat.
Dia juga ada membuat beberapa kemunculan Power Rangers yang lain dan sentiasa menjadi buat mulut ramai.

Selain menjadi pelakon, Frank juga adalah ahli seni bela diri yang sudah berlatih sejak berusia 4 tahun lagi dan mahir dalam Taekwondo, Muay Thai, Judo, Jiu-Jitsu Brazil dan lain-lain.
Hasil dari perkahwinan bersama Tammie dan Shawna, mendiang meninggalkan empat orang anak.
Jika anda atau mana-mana individu anda kenali cenderung kepada masalah kemurungan yang teru, anda boleh menelefon Befrienders untuk sokongan emosi.
03-76272929 (24 Jam)

setahun yang lepas