Lebih separuh pemain Overwatch 2 berhenti untuk bermain Marvel Rivals ketika Disember tahun lalu.
Pada pelancaran Marvel Rivals tahun lalu, perbandingan diantara Overwatch 2 dan permainan video ini menjadi topik perbualan ramai pemain.
NetEase pula menggunakan sepenuhnya populariti francais Marvel untuk menarik lebih ramai pemain.
Satu laporan dari NewZoo, memberi beberapa maklumat mengenai kejayaan Marvel Rivals dan bagaimana permainan itu memberi impak kepada Overwatch 2.
Menurut laporan itu, 45% pemain Overwatch 2 berhenti terus dari bermain untuk bermain Marvel Rivals.
Menurut data, Marvel Rivals adalah permainan video No.8 paling ramai pemain di Steam pada 2024.
Kemerosotan Overwatch 2 juga menjadi punca pemain lebih cenderung untuk pergi ke Marvel Rivals.
Tahun ini Marvel Rivals menjanjikan lebih banyak kandungan dan karakter-karakter baru yang akan keluar untuk mengekalkan momentum mereka.
Malah Season 2 Marvel Rivals juga akan hadir tidak lama lagi.

setahun yang lepas