Seorang lelaki dari Wisconsin, Amerika Syarikat kini dalam pertuduhan melempar bayi berusia lapan bulan ke dinding.
Perbuatan ini berlaku kerana dia marah atas kekalahannya dalam permainan video NBA2k.
Jalin White, 20, ditangkap di Milwaukee dan menghadapi pertuduhan mendera dan mengabaikan kanak-kanak.
White kini berada di dalam jagaan polis selepas ibu anak itu menjumpai bayinya cedera parah di dalam kandang bayi dan membawa mangsa ke hospital.

Foto: Penjara Milwaukee
Menurut pendakwaraya, White memberikan banyak alasan dan sebab yang bercanggah mengenai keadaan bayi itu sehinggalah dia akhirnya mengaku dia memlemparkan bayi itu ke dinding.
“Ini adalah kekejaman terhadap anak yang tidak bersalah,” ujar Madeline Witte (Pendakwaraya).
Bayi yang digelar JW itu dikatakan sukar untuk pulih semula dan masih berada dalam keadaan kritikal.
Kecederaan yang diterima oleh bayi itu adalah retak di kepala, enam tulang rusuk yang patah, dan tulang leher yang patah.
Tambahan lagi, White juga menipu mahkamah mengatakan JW tercedera kerana ibunya mengakibatkan bayi itu terlanggar pintu dan jatuh ke bawah.
Namun pada akhirnya, dia mengaku mencederakan bayi itu kerana marah dia sedang kalah dengan hanya dua mata di NBA2k.
Rujukan: independent

setahun yang lepas