LG PuriCare™ AeroFurniture dari LG Eletronics Malaysia (LG) adalah hasil gabungan meja serbaguna dengan fungsi hebat seperti pengecasan tanpa wayar dan pembersih udara 360 darjah!
Rekaan ini didatangkan dengan tiga warna iaitu Graphite, Clay Brown dan Essence White serta direka khas bagi memastikan produk ini sesuai dengan reka bentuk dalaman rumah moden atau klasik.

Foto: LG
Dengan rekaan minimalistik, LG PuriCare™ AeroFurniture boleh diletakkan di ruang tamu, bilik tidur atau pejabat dan sudah semestinya bilik gaming anda!

Foto: LG
Selain dari rekaan yang menarik, LG PuriCare™ AeroFurniture juga memastikan kawasan anda bersih dengan sistem penapisan HEPA 360 darjah untuk membasmi 99.999% bakteria di udara dan debu-debu halus.
Dengan tambahan teknologi UVnano™, bakteria juga dapat dikurangkan lagi terutamanya di kipas penapisan ini yang memastikan udara di dalam rumah bersih dan selamat.
Selain itu, fungsi lampu mood juga ada dengan lapan warna berbeza dan keterangan yang boleh ditukar terus dari aplikasi LG ThinQ.
Pengecasan tanpa wayar juga ada untuk mengecas peranti anda dengan lebih mudah.
Produk ini juga mengeluarkan bunyi yang sangat rendah sehingga 21dB. Sangat senyap seperti suasana di dalam perpustakaan.
Maklumat lanjut produk ini boleh didapati di laman rasmi LG.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas