Loot Boxes kembali ke Overwatch 2 – Keputusan bijak atau tidak?

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Blizzard baru-baru ini mengumumkan mereka akan mengembalikan loot boxes yang pernah menjadi kontroversi buat Overwatch.

Setelah dua tahun dibuang, loot boxes akan kembali ke Musim-15 Overwatch 2.

Loot box dalam Overwatch pada asalnya memberi pemain pelbagai jenis kosmetik seperti skins, emotes, voice lines dan sprays.

Kali ini Blizzard akan memberitahu pemain kadar peratusan untuk setiap kotak yang dibuka.

Loot box ini boleh didapati dari battle pass versi percuma dan juga sebagai ganjaran mingguan.

Foto: Blizzard

Blizzard mengatakan pemain akan mendapat kosmetik legendary untuk setiap 20 kotak yang dibuka.

Dalam setiap kotak, pemain sekurang-kurangnya akan mendapat satu barang Rare. 5 kotak untuk mendapat sekurang-kurangnya 1 barang Epic.

Jika anda mendapat barang yang sama, loot box itu akan reroll sehingga mendapat barang yang berlainan.

Keputusan ini juga dibuat setelah Blizzard mengambil pandangan pemain-pemain Overwatch di mana selepas ketiadaan loot box, beberapa skin Legendary menjadi sangat mahal.

Siapa sangka Blizzard mengembalikan loot box yang sangat penuh kontroversi ini.

RELATED NEWS

+