Magic Chess: Go Go (MCGG) kini kembali dengan musim 3: Cosmic Traders pada 20 Ogos! Jom melangkah ke dunia baru dengan hero yang tersedia bersama skin futuristik dari lineup Hero of Aspirants dan Metro Zero.
Musim ini juga boleh dikatakan yang paling kompetitif dengan system Go Go auction, sinergi yang diubah dan leaderboard serantau yang baru serta dua Commander baharu.

Selain itu, mereka juga akan menganjurkan kejohanan global buat pertama kalinya, memberikan peluang kepada pemain menjadi bintang di pentas dunia.
Lima sinergi baharu iaitu: Aspirants, Metro Zero, Luminexus, Starwing dan Shadowcell diperkenalkan. Setiap satunya mempunyai efek unik dan tersendiri. Bermula 20 Ogos, anda boleh berpeluang mendapatkan skin hero secara percuma.

Go Go Auction kini menggantikan Go Go Box dengan sistem baharu yang lebih menarik. Lapan item eksklusif menanti untuk direbut di mana setiap satunya boleh mengubah hala pertempuran. Pemain boleh membida semasa kiraan detik atau terus jadi “Raja Lelong” dengan 20 Gold untuk hak milik mutlak. Namun ingat, setiap pemain hanya boleh memiliki satu item.
Menurut Gao “Skyhook” Chong, Penerbit MCGG di MOONTON Games, musim ini direka untuk beri lebih keseronokan sambil membuka peluang strategi lebih mendalam. Aspirants dan Metro Zero juga digabungkan ke dalam dunia MCGG bagi mengekalkan elemen kegemaran peminat MLBB.
Skyhook menegaskan yang kejohanan global kali ini adalah pencapaian besar untuk menjadikan MCGG bukan sekadar permainan, tetapi satu ekosistem global yang hidup dan kompetitif.

setahun yang lepas