Pada Rabu lalu, CRIT Malaysia dengan kerjasama MPP Subzon 6 Setiawangsa menganjurkan Majlis Iftar di Surau Jumaat At-Taqwa, Wangsa Maju bersama anak-anak yatim PPR Kg Baru Air Panas.

Majlis itu dihadiri lebih 50 orang anak yatim bersama penjaga mereka dan ia dimulakan dengan aktiviti membeli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadan berdekatan Wangsa Maju.

Country Manager CRIT Malaysia, Andrew Chen berkata, tujuan mereka menjalankan program ini adalah untuk menyumbang semula kepada komuniti tempatan.
“Kami dapat melihat kebaikan dan manfaat dalam sesi berbuka puasa bersama komuniti dan anak-anak yatim di bulan Ramadan di mana ia bukan saja dapat mengeratkan hubungan silaturahim tapi juga membuka mata masyarakat untuk turut sama menyumbang.
“Kami juga sudah melaksanakan program seumpama ini pada tahun lepas,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Majlis itu turut mendapat sokongan dari ZTE Device Malaysia, Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan, MPP Subzon 6 Setiawangsa dan rakan media yang turut hadir sama memeriahkan majlis.

Hos, Fiera Fendi turut hadir sama menyantuni anak yatim dan menjadi hos bagi program amal ini. Majlis ini diakhiri dengan pemberian sampul duit raya kepada anak-anak yatim dan sesi bergambar.

setahun yang lepas