Dominator Esports berjaya menyingkirkan wakil Malaysia, Team Secret dalam kejohanan Honor of Kings Championship 2024 yang dianjurkan di Jakarta, Indonesia sejak Jumaat.
Dalam perlawanan lower bracket final itu, Dominator Esports menang tipis dengan skor 3-2 sekali gus menunjukkan Indonesia memiliki semangat tidak mudah tewas dan sentiasa memberikan saingan sejak tewas di tangan Black Shrew Esports (BSE), 1-3 dalam perlawanan upper bracket final sebelum itu.
Nampaknya kita akan menyaksikan pertembungan semula DMT Esports dengan BSE di grand final.
Team Secret juga menyatakan kesilapan mereka ketika pertarungan akhir di Tempest Dragon kedua di mana mereka terlalu merusuh dan dihukum apabila minion terakhir memecahkan kristal.
Mereka berjaya mendapatkan tempat ketiga di kejohanan ini.

Sebelum perlawanan grand final, saksikan showmatch di mana Team Honor dan Team Kings akan bertembung. Personaliti e-sukan tanahair, Feekz juga akan berlawan di showmatch ini nanti.
Foto: Level Infinite

setahun yang lepas