Mayat lelaki yang ditemukan di tepi sungai semalam disahkan sebagai Andi Abdul Ghani Kadir, 41, pengarah bahagian animasi filem Ejen Ali."> Mayat lelaki yang ditemukan di tepi sungai semalam disahkan sebagai Andi Abdul Ghani Kadir, 41, pengarah bahagian animasi filem Ejen Ali." /> Mayat lelaki yang ditemukan di tepi sungai semalam disahkan sebagai Andi Abdul Ghani Kadir, 41, pengarah bahagian animasi filem Ejen Ali." />

Mayat Pengarah Animasi Ejen Ali ditemukan di tepi sungai, seminggu selepas berkahwin

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Mayat lelaki yang ditemukan di tepi sungai semalam disahkan sebagai Andi Abdul Ghani Kadir, 41, pengarah bahagian animasi filem Ejen Ali.

Ketika kejadian kelmarin mayat Andi ditemui di tepi sungai berhampiran dengan lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurut laporan dari Berita Harian, Andi bersama isterinya yang berusia 33 tahun dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabali.

Namun, kenderaan yang dipandu isterinya dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Andi dikatakan keluar sebelum kali terakhir dilihat di jambatan sungai Kampung Batu Putih.

Mangsa ditemui pasukan penyelamat di tepi sungai berhampiran lokasi dia dipercayai hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh mengatakan pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 5:03 petang dan menghantar empat anggota ke tempat kejadian.

Di laman Facebook peribadinya, Andi dan isterinya baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 16 September lalu.

Hasil kerja Andi bersama-sama rakan seperjuangannya untuk Ejen Ali telah memberi impak besar buat industri animasi Malaysia.

Untuk rekod, filem Ejen Ali The Movie 2 ditayangkan pada 22 Mei lepas dan berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM59.3 juta sekaligus menjadikan filem itu filem animasi tempatan paling tinggi kutipan setakat ini.

Wau Animation Sdn. Bhd juga telah menyatakan ucapan takziah buat keluarga dan isteri Andi.

Salam takziah buat isteri dan keluarga Andy Abdul Ghani.

 

RELATED NEWS

+