Kempen “Cuti-Cuti MLBB Bersama Ejen Ali” muncul sebagai sorotan utama di Kejohanan Dunia M7 (M7) membawa watak animasi kebanggaan Malaysia Ejen Ali ke pentas global Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).
Kempen ini bakal menonjolkan nilai keberanian dan kerjasama serta menjadikan Ejen Ali simbol penghubung antara hiburan tempatan dan komuniti esukan antarabangsa.
Dilancarkan bersempena cuti persekolahan dan kemeriahan M7, kempen ini akan membawa Ejen Ali untuk aktivasi di sekitar Jakarta.
Ganjaran Eksklusif Peminat

Foto: MOONTON Games
Mulai 14 Januari sehingga 16 Januari, pemain MLBB di Malaysia dan Indonesia berpeluang untuk menuntuk kandungan Ejen Ali edisi terhad melalui acara di dalam permainan dan cabaran di TikTok.
Ganjaran percuma ini termasuk emote eksklusif “Seia!” dan “Satria, Bangkit!” beserta spawn effect khas dengan gaya tersendiri.
Kejohanan Dunia M7 merupakan edisi ketujuh siri M, menghimpunkan 22 pasukan terbaik dunia ke Jakarta, Indonesia, dari 3 hingga 25 Januari 2026 untuk bersaing merebut hadiah bernilai USD 1 juta (RM4.05 juta).

setahun yang lepas