Meme internet terkenal ‘This is Fine’ akhirnya mendapat permainan videonya sendiri dengan genre Metroidvania.
This Is Fine: Maximum Cope adalah metroidvania di mana Anjing This is Fine akan berlawan di dalam dunia urban yang dipenuhi raksasa korporat.
Meme ini asalnya wujud pada tahun 2013 dan dilakarkan oleh K.C.Green yang menunjukkan seekor anjing dengan topi duduk di dalam bilik yang terbakar tetapi dia masih berpura-pura semuanya hanya baik-baik sahaja.
Dilaporkan oleh NintendoLife, permainan ini dibangunkan oleh Numskull Games yang dikenali sebagai pembangun FInal Vendetta, Clive ‘N’ Wrench dan Battle Axe.
This Is Fine: Maximum Cope akan dilancarkan pada Mac 2026.

setahun yang lepas