Laman web agregat skor ulasan Metacritic telah mengumumkan bahawa mereka telah memulakan sistem baharu di mana ulasan pengguna di laman web mereka akan ditangguh selama 36 jam.
Menurut jurucakap Metacritic, sistem baharu ini dilaksanakan supaya para pemain mempunyai masa yang secukupnya untuk main sebuah permainan video sebelum menulis ulasan mengenainya.
Jurucakap tersebut juga menyatakan bahawa keputusan ini dibuat mengikut kajian berdasarkan data dan juga pendapat daripada pihak pengkritik permainan video serta pakar industri.
Walaupun Metacritic tidak memberikan apa-apa permainan video sebagai contoh, penulis yakin respon negatif terhadap The Last of Us Part II merupakan salah satu pendorong besar pelaksanaan sistem ini.
Sumber: Gamespot
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

setahun yang lepas