Miniclip kini ditutup selama-lamanya (2001-2022)

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Zaman kanak-kanak  Miniclip adalah tempat semua anak-anak muda melayari untuk permainan video percuma.

Dari Runescape ke Club Penguin banyak lagi permainan video yang ada di laman Miniclip.

Miniclip sudah menjadi salah satu ikon permainan video terutama sekali untuk anda yang lahir lewat 90-an atau awal tahun 2000.

Miniclip telah ditutup

Betul laman rasmi Miniclip masih ada tetapi hanya dua permainan video sahaja iaitu 8 Ball Pool dan Agar.io.

Miniclip sudah mengumumkaan berita ini sejak Mac lepas lagi dan permainan video akan dibuang daripada Miniclip.

“Pada Mac lepas, kami sudah mengumumkan evolusi Miniclip.com dan sudah banyak liku diharungi dengan misi untuk mencipta permainan video bagi jutaan pemain di seluruh dunia,”

“Sukacita dimaklumkan, Miniclip.com masih domain utama kami di mana pelawat boleh mendapatkan berita terbaru, informasi syarikat, pembukaan kerja dan permainan video.” dari Miniclip.

Nampaknya, nostalgia kehilangan Miniclip dapat dirasai oleh ramai orang di internet.

Terima kasih Miniclip kerana mewarnai dunia permainan video kami dahulu.

TAGS

RELATED NEWS

+