Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), salah satu permainan MOBA paling popular di dunia, bakal menggegarkan arena esports bersama jenama telefon pintar terkemuka, OPPO, dalam MLBB x OPPO Smooth Legend Cup APAC Grand Finals!
Acara ini akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mac di Gandaria City Mall, Jakarta, menghimpunkan pasukan legenda dan juara akar umbi dari Malaysia, Indonesia, Kemboja, Filipina, Singapura, dan Thailand. Dengan hadiah keseluruhan sebanyak AS$76,500 (RM340,200), setiap perlawanan akan dimainkan menggunakan OPPO Reno13 5G, menawarkan prestasi lancar tanpa gangguan untuk pengalaman gaming terbaik.

Acara ini menampilkan dua kategori utama: Pasukan Legenda dan Pasukan Akar Umbi. Pasukan Legenda terdiri daripada bekas pemain profesional MLBB yang akan berentap termasuk kemunculan kembali pasukan legenda IDONOTSLEEP, juara pertama Mobile Legends: Southeast Asia Cup.
Sementara itu, Pasukan Akar Umbi adalah pemenang kejohanan tempatan dari enam negara, hasil saringan daripada hampir 300 pasukan yang bertanding di kedai-kedai OPPO, merebut tempat ke peringkat akhir untuk sebahagian daripada hadiah AS$24,000 (RM106,000).

Selain menyaksikan pertarungan sengit, peminat yang hadir di Gandaria City Mall berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif, termasuk 5,000 MLBB Diamonds dan OPPO x MLBB Limited-Edition Gift Box.
Kotak hadiah ini mengandungi barangan edisi khas seperti Mystic Sea Ollie, kad penebusan skin MLBB, dan aksesori telefon rasmi. Terdapat juga pelbagai aktiviti interaktif, termasuk pemberian skin MLBB dan Tournament Chest bernilai hingga 899 Diamonds setiap hari!
Bagi mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal, kejohanan ini juga akan disiarkan secara langsung. Ikuti laman rasmi OPPO Malaysia di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual perlawanan, siaran langsung, serta hadiah eksklusif yang boleh dimenangi sepanjang acara berlangsung!

setahun yang lepas