Playoffs MAL MY S3 akan dianjurkan di Quill City Mall dari 26 Jun hingga 29 Jun ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Liga Akademi Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MAL MY) kembali mencuri tumpuan dengan Kejohanan Akhir Musim 3. Acara ini akan berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur dari 26 hingga 29 Jun menyaksikan 10 pasukan terbaik dari Musim Biasa bersaing merebut sebahagian daripada jumlah hadiah AS$20,000 (RM85,000). Enam pasukan dari Divisyen Challenger juga akan bertarung demi slot pentas profesional MLBB iaitu MPL Malaysia musim ke-16.

Tumpuan kini terarah kepada CG Esports, pasukan pilihan ramai yang hanya mencatat satu kekalahan sepanjang musim biasa. Dengan barisan pemain berpengalaman seperti Muhammad Danial “Cikugais” Mohamad Fuad dan Muhammad Syafizan Najmi “Garyy” Kamarulzaman, mereka menjadi pencabar utama untuk promosi ke MPL Malaysia Musim 16. Cikugais merupakan antara legenda MLBB negara, manakala Garyy pernah mencatatkan nilai perpindahan antara yang tertinggi dalam sejarah MPL Malaysia.

Menambah tarikan musim ini ialah kemunculan pertama hero terbaru MLBB, Wu Zetian, dalam kejohanan kompetitif di Asia Tenggara. Dengan gaya permainan jarak jauh dan penguasaan lane yang kuat, hero ini dijangka memberi impak besar kepada meta perlawanan. Kejohanan ini juga memperkenalkan format promosi baharu yang lebih mencabar, di mana hanya satu pasukan dari Divisyen Challenger akan mendapat promosi automatik, manakala satu lagi masih berpeluang melalui perlawanan penentuan menentang pasukan MPL sedia ada, JP Niners.

RELATED NEWS

+