Watt Games mengumumkan Monmate Master: Idle Adventure.
Permainan ini mengambil inspirasi dari Palworld dan sedang mempersiapkan pelancaran dengan pelbagai jenis hadiah eksklusif termasuk Monmate, mount dan 200 summon.
Monmate Master walaupun menggunakan grafik 2D tetapi sangat sinonim dengan cara permainan idle dimana anda hanya perlu meluangkan sedikit masa sahaja untuk bermain.
Sesuai untuk pemain-pemain kasual di luar sana.
Monmate Master: Idle Adventure adalah pengembaraan RPG dalam dunia fantasi besar di mana anda mempunyai rakan raksasa yang digelar Monmates. Anda akan menjadi pengembara yang boleh memilih tiga jenis class termasuk mengembara dengan Monmates anda.

Foto: Watt Games
Setiap Monmates akan mempunyai dua form iaitu form Pet dan form Furry. Sudah semestinya anda perlu melatih Monmates anda untuk menaikkan level mereka dan membina skuad dengan jenis element berbeza-beza.
Sudah semestinya elemen keseronokan juga akan seperti membuat ladang, kuari dan mencari lebih banyak lagi sumber-sumber di dunia itu. Monmates juga boleh membantu anda ketika pengembaraan ini.
Sayangnya permainan ini masih belum dilancarkan di negara-negara Asia.

setahun yang lepas