Square Enix semalam telah mengumumkan teaser permainan Dissidia Final Fantasy baharu tetapi kali ini untuk iOS dan Android.
Team Boss Battle Arena menjadi pilihan buat genre kali ini dan pemain mungkin perlu berlawan bersama-sama untuk mengalahkan satu bos.
Berita lanjut akan dikongsikan oleh Square Enix esok 14 Oktober 2025.
Dissidia adalah antara francais spin-off Final Fantasy yang disukai ramai tetapi entri terbaru Dissidia NT tidak disukai ramai dan menyebabkan ramai menyangka francais ini akan berkubur.
Ramai peminat Dissidia juga sedikit skeptikal dengan pelancaran di peranti mudah alih tetapi ada juga yang teruja dengan pengumuman ini.
Untuk Dissidia baharu 10 karakter yang akan muncul kali ini juga telah diacah oleh Square Enix.

Foto: Square Enix
Dissidia Final Fantasy pertama kali muncul di PlayStation Portable pada tahun 2008 dan sekuelnya keluar pada tahun 2011 Dissidia 012 telah mendapat banyak pujian kerana mempunyai banyak penambahbaikan yang sangat dialukan.

Foto: Square Enix
Paling penting Dissidia Final Fantasy kali ini mesti mengekalkan permainan arena battler yang penuh aksi pantas dan memerlukan anda untuk sentiasa berjaga-jaga dengan musuh.
Berdasarkan gambar-gambar yang ada berkemungkinan besar penceritaan Dissidia Final Fantasy kali ini akan berada di satu bandar moden fiksyen baru dimana semua beberapa karakter dari setiap Final Fantasy tidak mengira baik atau jahat akan muncul.
Berita lanjut boleh didapati di laman rasmi Dissidia Final Fantasy.

setahun yang lepas