Monster Hunter Wilds (MHWilds) kini menjadi permainan video Capcom paling laris.
Permainan ini melepasi kesemua hasil jualan Monster Hunter World, Resident Evil dan Street Fighter dalam hanya beberapa hari sahaja.
Sejak dilancarkan, Monster Hunter Wilds antara lima permainan paling tinggi jumlah pemain di Steam mengalahkan Dota 2, Cyberpunk 2077 dan Marvel Rivals.
Semalam, Capcom mengumumkan Monster Hunter Wilds dijual sebanyak lapan juta unit dalam masa tiga hari sahaja.

Foto: CAPCOM
Monster Hunter Rise pula terjual sebanyak empat juta unit sahaja dalam tiga hari.
Capcom mengesahkan mereka kini lebih komited untuk memastikan pengguna dapat menikmati lebih banyak pengalaman baik.
Populariti ini juga tidak disangkal lagi apabila terdapat satu restoran yang kehabisan stok makanan mereka disebabkan Monster Hunter Wilds.
Permainan video ini kini boleh dimainkan di pelantar PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S.

setahun yang lepas