Goddess of Victory: NIKKE bakal berkolaborasi dengan Resident Evil yang akan bermula 24 September ini.
Kolaborasi ini akan memperkenalkan tiga karakter SSR baharu, kostum, acara dan penceritaan bertemakan Resident Evil.
Digelar “Salvation Through the Crimson Flame”, ia akan membawa masuk misteri zombi Resident Evil bergabung dengan Rapture dalam Nikke.
Bagi acara ini anda akan menerima karakter SR percuma iaitu Claire Redfield dan dua karakter baru akan diperkenalkan di Pick Up Recruitment iaitu Ada Wong dan Jill Valentine.
Foto: Shift Up
Foto: Shift Up
Foto: Shift Up
Plot kali ini akan membawa Commander dan beberapa Nikke lain yang diarah oleh Central Goverment untuk menyiasat satu wabak NEO-Virus yang berlaku di sebuah rumah agam misteri.
Goddess of Victory: NIKKE x Resident Evil secara rasmi akan datang 24 September ini selepas tamatnya penyelenggaraan server.

setahun yang lepas