MPL SG musim kesembilan sasar mencipta semula arena esukan tempatan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

MPL Singapura Musim Kesembilan bakal menjadi detik bersejarah dalam dunia e-sukan tempatan dengan pelbagai inisiatif baru yang menyasarkan penglibatan akar umbi. Buat pertama kali, musim ini akan menyaksikan format liga bergerak ke lokasi-lokasi seperti Bukit Panjang Plaza, Westgate, dan Lot One, memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk merasai sendiri aksi Mobile Legends secara langsung.

Lebih menarik, pasukan komuniti kini berpeluang bertanding bersama pasukan profesional dalam musim liga yang telah diperbaharui, membawa semangat inklusif ke tahap lebih baik.

Struktur baru ini menampilkan empat peringkat utama: Seeded Stage, Challenger Qualifiers, Challenger Stage, dan Last Chance Qualifiers. Pasukan profesional dan komuniti akan diuji dari pelbagai sudut, dan yang terbaik akan melangkah ke peringkat Playoffs. Dengan peluang untuk ke Kejohanan Dunia MLBB (EWC x MSC 2025) dan hadiah wang tunai SGD$ 40,000, liga ini bukan sekadar pertandingan—ia adalah platform untuk mencungkil bakat dan membina masa depan e-sukan Singapura.

Selain pertandingan, MPL Singapura turut melancarkan program pencarian bakat terbesar mereka setakat ini. Program ini bukan sahaja membuka laluan untuk atlet e-sukan baharu, malah memberi peluang kepada individu untuk menerokai bidang seperti pengacaraan, pengulas permainan, pencipta kandungan, dan produksi acara.

Program Duta MPL SG juga diperkenalkan bagi melibatkan lebih ramai pempengaruh tempatan dan memperkukuh komuniti e-sukan secara keseluruhan.

Dengan kerjasama MOONTON Games dan Pulse Nova Entertainment, MPL Singapura terus memperkukuh peranannya sebagai liga e-sukan profesional utama negara. Musim ini menandakan permulaan era baharu yang lebih dekat dengan komuniti, lebih terbuka kepada bakat baharu, dan lebih bersedia mengharumkan nama Singapura di pentas dunia.

RELATED NEWS

+