MOONTON mengumumkan permainan video terbaru gacha RPG iaitu Silver and Scarlet.
Sebelum ini Silver and Scarlet digelar Silver and Blood.
Permainan ini menceritakan dunia Gothic yang memperkenalkan lebih 45 karakter baharu digelar Vassals.
Foto: MOONTON
Dibahagikan kepada empat puak unik, setiap karakter akan mempunyai penceritaan sendiri, personaliti berbeza dan kuasa berbeza-beza.
Silver and Scarlet akan membawakan permainan strategi pantas dengan fungsi mekanik auto-chess.

Foto: MOONTON
Permainan nampak sangat menarik dimana anda perlu menubuhkan pasukan yang sesuai untuk setiap misi disertai.

Foto: MOONTON
MOONTON Games mahu memberi fokus kepada dunia aristokrat, undead, gothic,dan dunia seakan-akan dipenuhi vampire.
Tarikh rasmi pelancaran Silver and Scarlet masih belum diumumkan oleh mereka.

setahun yang lepas