Naver Webtoon bakal saman 170 laman web komik haram

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dilancarkan dua dekad lepas, Webtoon Entertainment adalah satu institusi yang dikenali ramai dengan menjadi hos pelantar untuk komik digital pendek.

Webtoon Entertainment kini menyasarkan lebih 170 laman web haram dengan subpoena DMCA dengan harapan untuk memastikan masa depan syarikat lebih baik.

Sejak menjadi PLC (syarikat awam tersenarai), Webtoon masih belum berjaya membuat apa-apa keuntungan besar lagi.

webtoon stock chart

Foto: Nasdaq

Menurut pengurusan, cetak rompak boleh menjadi antara sebab sebenar kemerosotan ini.

Webtoon sudah mengeluarkan dokumen untuk membasmi cetak rompak komik-komik mereka.

“Pengedaran kandungan di internet akan sentiasa merebak, masalah cetak rompak, jualan pasaran, muat turun haram, perkongsian fail, penyalahgunaan atau mana-mana perkara yang melanggar harta itelektual kian meningkat.,” ujar Webtoon Entertainment.

“Kami akan mengambil tindakan untuk menghalang dan memastikan apa-apa penggunaan kandungan, termasuk penciptaan teknologi untuk mengesan komik cetak rompak dibuat,” tambah Webtoon Entertainment lagi.

Webtoon juga sudah menghantar sepina kepada Cloudflare untuk mengeluarkan senarai kesemua laman web haram.

Banyak laman web haram tidak menggunakan nama penuh dan maklumat yang tepat di atas talian, hal ini menjadi satu cabaran buat Webtoon.

Dalam senarai itu terdapat lebih 200 nama web sudah dikeluarkan dan kesalahan apa yang dilakukan oleh laman web itu.

mangalist

Terdapat lebih 170 domain unik yang dikeluarkan dan beberapa laman web komik cetak rompak ada seperti Bato.to, Mangareader, asura.gg, kissmanga, mangafreak dan pelbagai lagi laman web lain.

Selepas beberapa bulan, Naver Webtoon berjaya menutup lebih 150 laman web haram.

Setakat ini masih belum diketahui berapa banyak lagi laman web haram yang akan ditutup disebabkan Webtoon.

RELATED NEWS

+