Pada minggu lalu, Nightingale mengumumkan ciri yang ditunggu sekian lama oleh pemain iaitu mod offline (tidak menggunakan sambungan Internet). Ia adalah sebahagian dari kemaskini 0.3.
Selain itu, mereka juga mengumumkan pilihan build from storage, makhluk pelbagai dinamik, musuh Bound baharu, acara komuniti dan banyak lagi.
Mod offline sesuai untuk mereka yang gemar bermain secara solo dan membenarkan pemain meneroka Realms tanpa sambungan Internet biarpun ketika penyelenggaraan server dilakukan. Ia ditambah baik dengan beberapa ciri akan ditambah iaitu cloud save, dan pemindahan karakter dari mod dalam talian.
Bagi Nightingale, mod offline ini adalah salah satu ciri penting pada fasa Akses Awal bagi meningkatkan pengalaman pemain.
Baca kemaskini penuh kemaskini 0.3 di laman web ini.
Nightingale adalah permainan video PVE survival-crafting yang membawa pemain untuk meneroka dan teruskan hidup dalam dunia misteri Faewilds.
Anda boleh solo atau party sehingga lima pemain untuk meneroka Realms dan membuka portal ke destinasi baharu.

setahun yang lepas