Commanders, anda dijemput untuk sama-sama menyambut ulang tahun ke-2.5 NIKKE! Level Infinite, jenama permainan yang komited dalam menyampaikan pengalaman permainan berkualiti tinggi kepada pemain di seluruh dunia, mengumumkan bahawa kemas kini istimewa sempena sambutan ulang tahun akan dilancarkan pada bulan April untuk GODDESS OF VICTORY: NIKKE.
Maklumat lanjut mengenai acara ini akan didedahkan dalam satu siaran langsung khas pada 19 April, yang akan menampilkan pelbagai kejutan menarik termasuk hadiah lumayan, kemas kini kandungan, acara istimewa, dan banyak lagi!

Sejak ia dilancarkan, GODDESS OF VICTORY: NIKKE mencatat lebih 45 juta muat turun dan kini boleh dimainkan di seluruh dunia menerusi PC, iOS dan peranti Android.
Permainan ini membawa pemain ke dalam dunia yang penuh misteri dan penceritaan yang mendalam, ditemani oleh watak-watak yang direka dengan penuh perincian dan animasi berkualiti tinggi. Dengan gaya seni yang canggih, pergerakan watak dalam permainan ini kelihatan lancar dan realistik, menjadikan pengalaman pertempuran lebih menarik dan mendebarkan.
Setiap watak dilengkapi dengan senjata tersendiri serta kemahiran unik yang memberi kepelbagaian dalam cara permainan. Pemain bebas untuk membina pasukan terbaik mereka, menaik taraf watak, dan menyempurnakan misi bagi menewaskan musuh serta menyelamatkan manusia.
Tambahan lagi, permainan ini turut menawarkan pertempuran bos berskala besar yang mencabar, memerlukan strategi dan kerjasama untuk mengatasi mereka.

setahun yang lepas