Goddess of Victory: NIKKE x Stellar Blade – 2 SSR baru EVE dan Raven 1 SR baru Lily

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kemas kini Goddess of Victory: NIKKE terbesar akan datang esok 12 Jun bersama kolaborasi Stellar Blade.

Dua SSR dan satu SR baru diumumkan untuk kolaborasi kali ini iaitu EVE, Raven dan Lily

Foto: Shift Up

Unit Kolaborasi Baru:

SSR EVE dari 7th Airborne Unit adalah seorang Attacker Elemen Iron yang boleh membuat crit tambahan dengan debuff mengikut elemen musuh. EVE akan dimasukkan ke banner mulai 12 Jun ini.

SSR Raven dari 5th Airborne Squad yang mempunyai kemampuan khas untuk merosakkan bahagian musuh dengan maningkatkan damage sendiri. Raven akan dimasukkan ke banner pada 19 Jun ini.

SR Lily adalah supporter dari 5th Airborne Squad yang memberikan ahli pasukan cover dan attack tambahan. Dia adalah karakter percuma yang diberikan kepada kesemua pemain dengan menyertai acara ini.

Beberapa kostum tambahan juga akan dilancarkan sempena kolaborasi ini. Scarlet – Racer’s High, EVE – Skin Suit, EVE – Neurolink Suit dan Raven – Midsummer Alice.

 

Acara ini juga akan menambahkan satu mini game dimana anda akan bermain Stellar Blade versi mini di dalam NIKKE!

Disamping itu, akan terdapat satu peta acara khas untuk kolaborasi ini.

Kolaborasi ini akan bermula esok 12 Jun selepas habisnya penyelenggaraan server NIKKE.

RELATED NEWS

+