Selepas 15 tahun, Nintendo akhirnya memenangi kes saman ke atas penjual alat kawalan Wii pihak ketiga dengan menerima AS$8.1 juta (RM33.51 juta).
Dilaporkan oleh The Games Fray, pasukan undang-undang Nintendo di Jerman mengesahkan perkara ini.
![Wii - Remote with Keyboard #Black [BigBen] (NEW and original packaging) | eBay](https://i.ebayimg.com/images/g/J~wAAOSwcE1muRwu/s-l1200.jpg)
BigBen Interactive (kini digelar Nacon) perlu membayar pampasan kerana melanggar paten Eropah berkaitan alat kawalan Nintendo Wii.
Pada tahun 2011, BigBen melanggar paten Nintendo tetapi mereka mengatakan pembeli yang tidak membeli produk Nintendo boleh membeli alat kawalan pihak ketiga. Tetapi mahkamah mendapati, produk pihak ketiga ini juga boleh melanggar akta paten itu.
Kes ini menjadi sangat lama kerana BigBen selalu menganjak perjalanan kes ke hadapan.
“Disebabkan taktik melambatkan kes, bunga kini meningkat lebih dari 5% menjadikan BigBen perlu wajib membayar lebih kurang EUR 7 Juta (RM33.51 juta).
Bulan lepas, Pejabat Paten Amerika Syarikat mengumumkan mereka akan menyemak semula keputusan ke atas paten Ninten. Hal ini membuatkan kes mahkamah diantara Nintendo dan Pocket Pair (Palworld) bakal menjadi lebih lama dari yang disangka.

setahun yang lepas