Nintendo senyap-senyap buat beberapa perubahan untuk perjanjian pengguna mereka.
Mereka kini mempunyai hak untuk brick atau mematikan fungsi Switch anda secara kekal jika didapati menggunakan Switch untuk godaman, cetak rompak, dan mana-mana aktiviti yang tidak dibenarkan.
Brick adalah situasi dimana peranti seperti komputer, telefon pintar atau konsol yang tidak lagi bertindak balas dan tidak boleh digunakan lagi disebabkan kegagalan perisian atau perkakasan.
Keseluruhan terma ini boleh dibaca di lama rasmi Nintendo.

Foto: Nintendo
Dilaporkan oleh Game File, terma ini sudah pun bermula awal bulan ini.
Ini adalah perubahan agresif dari Nintendo untuk mengekang dan melindungi ekosistem peranti dan perisian mereka.
Kemaskini ini menyatakan dengan jelas, Nintendo mempunyai hak untuk “membuat Nintendo Account Services dan/atau peranti Nintendo tidak boleh digunakan lagi secara kekal”.

Foto: Nintendo
Syarikat besar ini juga tidak memberitahu apa makna “tidak boleh digunakan lagi” tetapi memberi maksud mereka boleh melumpuhkan terus atau “brick” konsol yang disyaki diubah atau disalahgunakan.
Sebelum ini, polisi Nintendo hanya menghalang pengguna dari melakukan kejuruteraan balikan (reverse engineering) atau pengubahsuaian perisian tanpa kebenaran.
Nintendo sangat dikenali ramai sebagai salah satu syarikat permainan video yang sangat tegas dalam menangani cetak rompak atau emulasi dan hak cipta, banyak laman web yang memberi akses kepada muat turun ROMs juga telah ditutup oleh Nintendo. Baru-baru ini Palworld juga terpaksa membuang beberapa mekanik dari permainan video mereka disebabkan hak paten dari Nintendo.
Nampaknya, jika anda didapati bersalah atau membuat apa-apa perkara yang disenaraikan oleh Nintendo, Switch anda akan bertukar menjadi hiasan yang mahal sahaja.

setahun yang lepas