Nintendo saman Mod Reddit Switch haram sebanyak RM19 juta

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Nintendo meneruskan lagi cara saman agresif mereka kali ini ke atas ahli-ahli mod Switch piracy di Reddit.

Seorang moderator kini menjadi sasaran utama Nintendo iaitu seorang individu bernama James Williams atau lebih dikenali sebagai Archbox.

Sama seperti saman-saman yang sebelum ini, Nintendo selalunya akan mengarahkan perintah henti dan jangan diteruskan terlebih dahulu — tetapi Archbox tidak mengendahkan perkara ini.

Disebabkan itu, Nintendo menuntut AS$4.5 juta (RM19 juta) ke atas Archbox.

 

[Lawsuit] Nintendo is requesting that a court award it $4,500,000 in damages from a Switch piracy Reddit moderator for operating multiple piracy sites. The person refused to stop after Nintendo asked them to, which led to this lawsuit. They also did not respond to the lawsuit.

[image or embed]

— OatmealDome 🏳️‍🌈 (@oatmealdome.bsky.social) Oct 5, 2025 at 1:16 am

Nintendo sebelum ini juga menyaman beberapa individu dan akan memastikan mereka tidak dapat membayar tuntutan ini. 

Individu itu adalah Ryan Daly dari Modded Hardware (AS$2 juta), Gary Bowser (AS$10 juta) dan kini Archbox dengan saman AS$4.5 juta.

Saman sebegini dari Nintendo boleh dikatakan tiada kompromi mahupun belas kasihan, tetapi setiap individu yang dikenakan hukuman ini dari mahkamah adalah disebabkan kesalahan mereka sendiri.

RELATED NEWS

+