Octopath Traveler dan Octopath Traveler II akan dilancarkan dalam bentuk fizikal

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Octopath Traveler dan Octopath Traveler II akan dilancarkan dalam versi fizikal untuk Nintendo Switch™ pada 2 April ini. Pra-tempahan kini dibuka, dan edisi fizikal ini turut menawarkan bonus pembelian awal dalam kuantiti terhad. Untuk maklumat lanjut, sila semak dengan stor berdekatan anda.

Siri OCTOPATH TRAVELER mula diperkenalkan pada tahun 2018 dan sudah terjual lebih lima juta unit di seluruh dunia. Ia terkenal dengan gaya seni HD-2D yang menggabungkan reka bentuk watak 2D dengan dunia 3D yang menakjubkan.

Setiap permainan dalam siri ini adalah stand-alone, dengan lapan watak utama, masing-masing mempunyai kisah unik dan Path Actions tersendiri. Pemain bebas menentukan jalan cerita mereka, memilih watak untuk diikuti, dan mencipta pengembaraan epik mengikut pilihan sendiri.

RELATED NEWS

+