War of The Visions Final Fantasy Brave Exvius bakal ditutup

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

War of The Visions Final Fantasy Brave Exvius taktikal RPG dalam dunia Final Fantasy Brave Exvius bakal menutup tirainya.

Pengumuman ini dibuat di laman rasmi Twitter/X WOTVFFBE.

Permainan ini dilancarkan pada hujung tahun 2019 dan bertahan sehingga tahun ini.

Penutupan server akan bermula pada 29 Mei  ini.

“Kami mencapai konklusi dimana untuk memastikan permainan ini diteruskan akan menjadi terlalu sukar dan memakan kos.”

Permainan ini tidak akan mengembalikan semula wang anda kerana sudah lama dilancarkan.

War of the Visions FF Brave Exvius juga ditutup beberapa bulan selepas penutupan FFBE.

Lebih menyedihkan penutupan ini juga diumumkan semasa sambutan ulang tahun WOTV FFBE yang kelima.

Hanya Final Fantasy VII: Ever Crisis sahaja satu-satunya gacha game dari Square Enix yang masih beroperasi.

RELATED NEWS

+