Okami 2 diumumkan setelah 18 tahun

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Antara kejutan terbesar di The Game Awards 2024 tahun ini adalah Hideki Kamiya dengan studio baharu mengumumkan sekuel sebenar kepada Okami iaitu Okami 2.

Walaupun hanya teaser pendek, tetapi musik Okami dan rupa Amaterasu dengan senjata ikonik Solar Flare berlari di pemandangan padang yang jauh memandang membuatkan ramai teruja.

Capcom sebenarnya telah lama membuat pelan untuk membuat Okami baharu dan setelah 18 tahun akhirnya sekuel sebenar Okami akan ada.

Okami adalah permainan video aksi rpg dengan elemen permainan yang sangat unik dan dikeluarkan di PlayStation 2 pada tahun 2006.

Permainan ini sangat terkenal dengan penceritaan mitologi Jepun ditambah dengan rekaan yang penuh unik lukisan tradisional Jepun.

Beraksi mengalahkan musuh sambil melukis untuk membuat skill atau serangan menjadi antara keunikan Okami yang sentiasa diingati ramai.

TAGS

RELATED NEWS

+