Acara yang dinantikan peminat esports seluruh dunia, Olympic Esports Games, kini ditangguhkan ke 2027 akibat isu teknikal. Menurut SportBusiness, kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada 2025 ini terpaksa dianjak kerana tiada garis panduan jelas, proses kelayakan yang belum ditetapkan, dan masalah kewangan. IOC menetapkan 2027 sebagai tarikh baharu dalam perjanjian 12 tahun dengan Arab Saudi.

Esports World Cup Foundation diumumkan sebagai rakan pengasas kejohanan ini dan akan membantu IOC dalam membentuk struktur pertandingan, pemilihan permainan, serta memastikan kelayakan pasukan selaras dengan standard global. IOC turut bekerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Arab Saudi (SOPC) bagi memastikan penganjuran berjalan lancar.
Salah satu cabaran utama adalah bagaimana pemain akan bertanding memandangkan pasukan e-sukan dimiliki organisasi. Selain itu, penerbit permainan memerlukan lebih masa untuk bersedia, termasuk menetapkan judul permainan dan mekanisme kewangan. Disebabkan faktor ini, penganjur terpaksa menangguhkan kejohanan bagi merancang semuanya dengan lebih baik.
Walaupun ditunda, Olympic Esports Games tetap dijangka menjadi acara yang memberi impak besar dalam dunia esports. Dengan persiapan lebih rapi, kejohanan ini bakal menetapkan standard baharu dan mengukuhkan kedudukan esports dalam arena sukan global.
Foto: SportsPro

setahun yang lepas