Suatu masa dahulu, seorang ibu dari Selatan China pernah menarik anaknya pulang dari bermain game di pusat siber
Kini setelah 8,000 jam bermain Counter-Strike, warga emas 60 tahun ini sangat popular dan mempunyai ramai peminat ketika stream.
Zhong Juanjuan tinggal di Meizhou, Guangdong kini bermain Counter-Strike tujuh hingga lapan jam sehari dan stream permainannya kepada lebih 400,000 pengikut di serata media sosial.
Anak bongsunya Suo De, memberitahu ibunya sering berdiri di hadapan pintu bilik memarahinya dan kemudian menutup suis router sehingga esok pagi semata-mata untuk memastikan dirinya tidak dapat bermain permainan video.

Zhong Juanjuan atau Auntie Juan
Foto: Dexerto
Jauh berbeza dahulu dan sekarang, dulu marah kini jadi gamer dan streamer
Inilah kehidupan Suo De 20 tahun yang lalu di mana hubungan mereka mengenai permainan video sangat berbeza.
Pada awal tahun 2002, Suo De selalu pergi ke kafe siber ketika sekolah menengah rendah untuk sehingga menyebabkan grednya turun.
Zhong atau lebih dikenali sebagai Auntie Juan, terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai penjual tepi jalan dan jurujual shampoo. Akibat terlalu kerap pergi ke kafe siber, Zhong pernah mengheret anaknya keluar untuk pulang ke rumah.

Semuanya berubah apabila pandemik COVID-19 berlaku pada tahun 2020. Akibat berada di dalam rumah sahaja, Suo De yang juga seorang penganggur hanya bermain Counter-Strike seharian.
Berminat melihat anaknya bermain, Zhong akhirnya meminta Suo De untuk mengajarnya bermain Counter-Strike.
Semuanya sukar buat Zhong kerana dia tidak pernah bermain permainan video
Pada awalnya, semua ini sukar buat Zhong kerana dia tidak pernah bermain permainan video apatah lagi bermain permainan first person shooter (FPS) yang memerlukan koordinasi tangan dan mata secara serentak.
Antara kesukaran yang dihadapi Zhong adalah karakternya melanggar terus kehadapan dan berasa sangat pening setelah 10 minit bermain.
Suo De akhirnya mengurangkan sensitiviti tetikus dan melekatkan stiker merah di papan kekunci untuk butang-butang yang penting. Suo De malah memberikan ibunya buku panduan tambahan.
Zhong memulakan penstriman di Bilibili sebelum berhijrah ke Douyin pada tahun 2023.
Untuk meningkatkan masa reaksi (reaction time) berlawan dengan orang lebih muda, dia telah berlatih enam hingga tujuh jam sehari menggunakan program latihan membidik (aim-trainer) sehingga dia mampu menembak 150 sasaran dalam masa 36 saat sahaja. Lima saat lebih pantas dari anaknya.

Zhong mula terkenal apabila dijemput beraksi dengan pemain profesional Esukan yang lain pada tahun 2024
Inilah permulaan yang melonjakkan lagi karier Zhong dimana dia berjaya mengalahkan Kryshkovets seorang muda permain hebat dari Rusia dan menembak pemain terkenal dari Team Spirit sh1ro dalam pusingan yang sama.
Saat ulang tayang permainan itu telah menjadi viral di serata media sosial China sehingga lebih ramai orang tertarik untuk menonton Zhong bermain Counter-Strike.
Pada mulanya, ada orang menuduh Zhong menipu dan menggunakan peranti penipuan atau pemain ganti. Suo De menunjukkan log bahawa ibunya bermain secara sah dan memuat naik video kamera dengan pelbagai sudut bagi membuktikan ibunya tidak pernah menipu.

Suo De kini bekerja sepenuh masa sebagai pembantu ibunya terutamanya dari segi teknikal dalam menjaga peranti, produksi video dan tawaran penajaan.
Pada tahun 2025, pendapatan zhong telah meningkat 10 kali ganda dan kini menjadi permata buat keluarga mereka.
Zhong mengatakan dia telah berjaya memecah pemikiran budaya lama mengenai warga emas di China. Beliau juga mengatakan Esukan adalah sesuatu yang sentiasa membuat otaknya aktif disamping meningkatkan koordinasi tangan dan mata.
Beliau membuktikan umur bukan penghalang untuk membuktikan anda sudah terlalu lewat untuk belajar.

2 tahun yang lepas