Pameran animasi Jujutsu Kaisen tiba di Malaysia, peminat JJK jom pergi!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Peminat siri anime terkenal, Jujutsu Kaisen di Malaysia bakal disajikan dengan pengalaman istimewa apabila Animation “Jujutsu Kaisen” Exhibition dibuka esok (16 Ogos) sehingga 20 Oktober ini di Fahrenheit88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 

Lebih 100 prop eksklusif diimport dari Jepun yang menyerlahkan kemahiran artistik terdapat pada animasi Jujutsu Kaisen.

Pengunjung akan dibawa menyelusuri tengah bandar Tokyo, menerusi replikasi terperinci, patung bersaiz sebenar dan potongan karakter kegemaran serta gambaran eksklusif belakang tabir bagi proses penghasilannya.

Pameran ini membawakan empat bab utama iaitu Cursed Womb Must Die, Small Fry and Reverse Retribution, Kyoto Sister School Goodwill Event dan The Origin of Blind Obedience.

Antara tarikan utama dalam pameran ini adalah manuskrip animasi yang memaparkan lebih 100 lukisan garisan aksi watak dan tetapan karakter utama. Selain itu, peminat boleh melihat secara lebih dekat dan berinteraksi secara peribadi dengan model saiz sebenarnya 1:1 bagi watak kesayangan seperti Gojo Satoru, Itadori Yuji, Sukuna dan banyak lagi.

   

Di hujung pengembaraan, terdapat bahagian barangan yang menawarkan pelbagai jenis cenderamata dan barangan eksklusif diimport khas dari Jepun. 

Tambahan pula, terdapat pelbagai produk pesanan eksklusif seperti lanyard, poster premium, kad tiket edisi khas dan alat tulis serta aksesori Prison Realm. Harga bermula dari RM9.90.

Hidangan dan minuman lazat yang menggambarkan karakter JJK juga dihasilkan dengan kerjasama Souled Out Cafe.

Menu unik seperti Itadori Mango Mint, Nobara Sparkling Orange, Hanami Tempura Salad dan lain-lain.

Tiket boleh didapatkan di Ticket2u, Klook dan Incutix.

RELATED NEWS

+