Pameran Ulang Tahun Ke-25 Anime Digimon Adventure tiba di Malaysia awal 2026 – Jadi Kanak-Kanak Terpilih

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kanak-kanak terpilih! Digimon bakal tiba di Malaysia untuk menyambut ulang tahun ke-25 anime Digimon Adventure!

Peminat akan melangkah terus ke Dunia Digital untuk mengimbau kembali sejarah 25 tahun Digimon.

Foto: Toei Animation

Dianjurkan oleh INCUBASE Studio, pameran ini akan bermula tahun hadapan 28 Januari 2026 sehingga 23 Mac 2026.

Tema kali pameran kali ini ialah “Kembali ke Dunia Digital” dimana pengunjung bersama-sama Taichi, Agumon dan rakan-rakan Digimon lain ketika membesar, berevolusi dan bertahun untuk pengembaran sejak tahun 1999.

Digimon adalah francais yang dicipta oleh Akiyoshi Hongo dan pertama kali dilancarkan pada tahun 1997 dan animenya yang bermula pada tahun 1999.

Rahsia Di Sebalik Karya Animasi Klasik

Foto: Toei Animation

Foto: Toei Animation

Foto: Toei Animation

*Semua gambar adalah dari pameran Taiwan sebelum ini dan hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja

Di pameran ini anda boleh melihat draf reka bentuk Digivice prototaip beserta bahan produksi yang jarang ditemui termasuk reka bentuk watak, papan cerita dan dokumen proses penciptaan Digimon.

Model Agumon Bersaiz 1:1 dan Omegamon gergasi

Foto: Toei Animation

Foto: Toei Animation

Kedua-dua patung ini akan berada di kawasan zon foto dan dibuat dengan terperinci sama seperti anime.

Babak Klasik

Foto: Toei Animation

Foto: Toei Animation

Video khas ulangtahun ke-25 juga akan dikongsikan dan boleh ditonton secara eksklusif di pameran ini yang akan menangkap nostalgia Digimon 25 tahun.

Bermula dengan pertemuan pertama Koromon dan Taichi sehingga animasi terawal sepanjang evolusi Digimon selama 25 tahun.

Maklumat Tiket

Tiket Pra-Jualan (Tersedia dari 26 Disember 2025 – 27 Januari 2026):

  • Tiket Tunggal – RM30 (Termasuk 1 tiket masuk + 1 hadiah masuk)
  • Tiket Rakan (Buddy Ticket) – RM50 (Termasuk 2 tiket masuk + 2 hadiah masuk, mesti masuk bersama)
  • Adventure Digivice Pack – RM70 (Termasuk 1 tiket masuk + 1 hadiah masuk + 1 barangan premium, mesti masuk bersama)

Tiket Masuk Standard (28 Januari 2026 – 23 Mac 2026):

  • Tiket Tunggal – RM40 (Termasuk 1 tiket masuk)
  • Tiket Rakan (Buddy Ticket) – RM65 (Termasuk 2 tiket masuk, mesti masuk bersama)

* Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah – masuk percuma
* Orang Kurang Upaya (OKU) – masuk percuma (ID OKU yang sah diperlukan)

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sosial rasmi INCUBASE Arena di Facebook, Instagram dan TikTok.

RELATED NEWS

+