Pasukan MAG dan Unsigned 5 juara kelayakan Predator League 2025 peringkat kebangsaan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pusingan kelayakan Predator League 2025 Malaysia menyaksikan dua juara baru dinobatkan iaitu Myth Avenue Gaming (MAG) dan Unsigned 5, masing-masing memenangi kategori Dota 2 dan VALORANT di peringkat grand final diadakan pada Sabtu dan Ahad di 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor.

 

MAG berjaya memenangi ke atas Odd Taxi dengan kemenangan bersih 3-0 manakala Unsigned 5 menewaskan skuad pilihan, Todak dengan skor 3-1. Setiap dari pasukan juara ini memenangi hadiah RM20,000 termasuk wang tunai RM10,000 dan merchandise Predator bernilai lebih RM11,000.

Kedua-dua pasukan ini juga berjaya memenangi tiket Predator League Asia Pasifik 2025 pada Januari kelak.

Predator League Asia Pasifik 2025 akan dianjurkan di Malaysia pada 11 dan 12 Januari 2025 dengan hadiah terkumpul AS$40,000 bakal direbut 14 pasukan.

Tiket masih lagi boleh didapatkan di laman web rasmi Predator atau di LINK INI.

 

RELATED NEWS

+