Asia Pacific Predator League kembali untuk edisi keenam dengan membawa hadiah wang terkumpul sebanyak AS$400 ribu (RM1.83 juta).
Anda boleh mendaftar pasukan anda untuk kelayakan Malaysia melalui Kod QR di bawah atau pergi ke laman rasmi ini.

Dianjurkan oleh Acer, Asia Pacific Predator League kali ini membawakan dua permainan e-sukan terkenal iaitu Dota 2 dan VALORANT.
Kesemua pemain, jurulatih dan pasukan dari 15 kawasan serata Asia Pasifik bertempur untuk melayakkan diri ke acara Grand Finals yang akan dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Ini adalah pertama kali Asia Pacific Predator League dianjurkan di Malaysia dan edisi sebelum ini sudah diadakan di Jakarta, Tokyo dan Manila.
“Kami sudah lama cuba untuk berkembang dalam industri permainan video dan kini ia bertukar menjadi tarikan ramai. Bagi setiap produk Predator yang direka, kami akan memastikan keperluan pemain e-sukan dapat dipenuhi,” ujar Andrew Hou, Presiden Acer Pan Asia Pasifik.
Pendaftaran pusingan kelayakan Asia Pacific Predator League 2025 Malaysia dibuka sehingga 18 Ogos ini.
Kelayakan di Malaysia akan dianjurkan di kesemua empat lokasi seluruh Malaysia:

14 – 15 September – Kuala Lumpur (Tengah)
21 – 22 September – Sabah (Borneo)
18 – 19 October – Johor (Selatan)
26 – 27 October – Penang (Utara)

Juara untuk setiap kawasan ini akan bertanding di Lembah Klang pada November ini dengan hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000 dengan peluang untuk mewakili Malaysia ke Asia Pacific Predator League Grand Finals untuk berlawan 14 pasukan terbaik dari negara lain.

setahun yang lepas