Dalam satu kejadian hari ini, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin kemalangan dalam perlumbaan Grand Prix Austria yang bertempat di Litar Red Bull Ring.
Menurut laporan Astro Awani, pelumba Malaysia tersebut terpelanting dan kenderaannya rosak teruk apabila merempuh motosikal Enea Bastinni yang terjatuh ketika mengambil selekoh.
Bagaimanapun, syukur Alhamdulillah kerana Hafizh dilaporkan stabil oleh pengurusnya dalam satu ciapan di Twitter.
Hafizh Syahrin’s team boss, Gino Borsoi:
“The rider is fine, with many bruises, especially on the hip, but has always been conscious”
One tough cookie 👊
Get well soon!#AustrianGP pic.twitter.com/EEUE6YPzZV
— MotoGP on BT Sport (@btsportmotogp) August 16, 2020
Nasib pelumba lain yang turut mengalami pelanggaran itu juga terjawab apabila kesemua mereka dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan.
All riders are conscious
Riders involved are @eneabastianini, @edgarpons1, @Hafizh_pescao55 and Andi Farid Izdihar
Updates to follow #Moto2 | #AustrianGP 🇦🇹 pic.twitter.com/ugiePrE4VJ
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) August 16, 2020
Perlumbaan ini masih mempunyai 13 baki pusingan untuk dihabiskan.
Selain menjadi pelumba MotoGP, Hafizh juga adalah seorang streamer di Facebook dengan nama Hafiz Syahrin Gaming.
Sumber: Astro Awani
Foto: Malaysia Dateline

setahun yang lepas