Bekas pemain Virtus.pro, pashaBiceps, sememangnya terkenal dengan tubuhnya yang tegap semasa zaman dia bermain Counter Strike Global Offensive. Dia juga menunjukkan minatnya dalam menyertai perlawanan MMA dan baru- baru ini, dia sudahpun membuat kemunculan pertama di gelanggang MMA.
JAROSŁAW @PASZABICEPS JARZĄBKOWSKI!!!!! pic.twitter.com/mHXr6IgpOn
— HIGH League (@HIGHLeaguePL) February 5, 2022
Perlawanan pertama pashaBiceps adalah menentang Michal ‘OwcaWK’ Owczarzak, seorang ahli bina badan profesional. Bekas pemain CSGO itu mampu menandingi seorang ahli bina badan dan menewaskan Owczarzak dalam dua pusingan.
Bukan sahaja pashaBiceps berbisa di CSGO, namun dia tetap berbisa di gelanggang.
Kecederaan Mata
Owczarzak mengesahkan bahawa akibat perlawanan itu, dia mengalami soket mata pecah dan masalah berkaitan retina.
Pasha’s opponent suffered a broken eye socket and a retina issue. If you go into a fight with pasha, your face better be made of granite. 😬 pic.twitter.com/94GqzmDIyT
— Michal Blicharz (@mbCARMAC) February 6, 2022
Owczarzak seterusnya mendedahkan bahawa selepas menerima tumbukan terakhir di kepala, dia tidak dapat melihat selama beberapa saat.

PashaBiceps juga menyatakan dia tidak suka kejadian itu dan sebenarnya tidak sangka kecederaan seteruk itu akan berlaku.
It’s an unfortunate part of the sport, your intention was not to hurt him, but to win. I wish him a speedy recovery and try not to blame yourself! #TeamPapito
— Matt (@MattLeader8) February 6, 2022
Sumber rujukan: AFK Gaming

setahun yang lepas