Pemain Overwatch 2 diharamkan kerana menaip perkataan ‘noob’

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Seorang pemain Overwatch 2 baru-baru ini diharamkan dari bermain kerana dikatakan melanggar peraturan atas komunikasi yang tidak sesuai.

Pemain bernama r/Content_Tadpole2299 berkongsi tentang hal ini di r/Overwatch.

Foto: Dexerto

Content_Tadpole2299 diharamkan dari Overwatch 2 kerana menggunakan perkataan “noob”,“?” dan “worth”.

Dua perkataan dan satu tanda soal menjadi punca sistem Overwatch 2 mengaharamkan akaunnya.

Post itu kini sudah dibuang oleh moderator di r/Overwatch.

Selepas pemain itu membuat rayuan, akaunnya masih diharamkan oleh Blizzard kerana dikatakan mempunyai beberapa kesalahan lampau.

Foto: Blizzard Entertainment

Pengharaman ini juga sangat menghairankan dan semua komuniti Overwatch 2 tercengang dengan keputusan sistem Blizzard ini.

Ramai juga pemain marah dengan tindakan ini kerana mereka pernah menjumpai pemain yang lebih “toksik” dari Content_Tadpole2299 tetapi tidak diharamkan Blizzard.

Blizzard akhirnya memohon maaf atas perkara ini dan mengatakan pemain boleh menggunakan perkataan ‘noob’ kembali.

RELATED NEWS

+