Pemain profesional Counter Strike nbgee12 ditangkap kerana mencuri SSD di tournament

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Enam puluh hari selepas habis hukuman digantung dari pertandingan, pemain profesional Counter Strike Adam “nbgee12” Zanzoul terus melupakan niat baik ESL.

Disahkan oleh Dust2.us, pemain nbgee12 ditangkap oleh pihak berkuasa ketika pertandingan IEM Dallas 2024 pada 31 Mei lepas selepas menceroboh dan mencuri beberapa solid-state drives (SSDs) yang dikhaskan untuk penggunaan pemain profesional lain.

Nbgee12 mengakui dia mendapat akses untuk masuk ke bahagian belakang produksi dimana dia berjaya mencuri SSD untuk kegunaan pemain profesional lain seperti Stewie2k, NiKo dan Nertz.

Pemain itu kini diharamkan secara kekal dari menyertai mana-mana pertandingan di Amerika Utara.

Sebelum ini, dia diharamkan kerana mengelak pengharaman di ESEA tiga tahun lepas iaitu satu pengharaman dari pertandingan FACEIT Pro League kerana matchfixing ketika kelayakan FPL-C.

Dia juga didapati pernah mempunyai masalah sikap yang menyakitkan hati orang lain dan juga tidak mempunyai etika profesional secara atas talian atau berdepan dengan pemain lain.

Dia mencuri beberapa SSD dan lebih pelik dia juga membuat penstriman selepas pencurian itu untuk menceritakan kes curi ini.

Dalam stream ini dia juga mengaku mendapat akses ke belakang pentas dan mencuri SSD tersebut dan membawa disk tersebut ke hotelnya.

Kecurian tersebut dibuat pada pukul empat pagi di tempat pertandingan.

Dia juga didapati pernah mempunyai masalah sikap yang menyakitkan hati orang lain dan juga tidak mempunyai etika profesional secara atas talian atau berdepan dengan pemain lain.

Apabila ditanya pihak berkuasa, nbgee12 membuat perkara ini disebabkan dia di bawah penggunaan dadah jenis marijuana dan menyangka kesalahan ini adalah kesalahan kecil.

“Tiada apa yang dapat dikatakan untuk perkara memalukan ini. Saya sangat kesal dengan perangai saya dan akan belajar dari kesalahan ini.” ujar Nbgee12.

RELATED NEWS

+