Penjelasan Pengurus Team Spirit mengapa pemain CS gaji lebih tinggi dari pemain Dota 2

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dmitry “Korb3n” Belov baru baru ini membuat satu penjelasan mengapa pemain profesional Counter Strike menerima gaji yang lebih besar dari pemain profesional Dota 2.

Foto: Team Spirit

Punca sebenar perbezaan ini adalah disebabkan jurang besar dalam jumlah penonton dan peminat.

Pengurus Team Spirit ini membuat penjelasan di laman Twitch miliknya.

“Perbezaan ini adalah disebabkan saiz penonton. Mengapa pemain CS gaji lebih besar dari pemain Dota? Semuanya disebabkan jumlah penonton. Perkara ini sama seperti sukan lain. Dalam bola sepak gaji mereka lebih tinggi disebabkan apa? — Betul, jumlah penonton,” ujar Korb3n.

Dalam Counter Strike pemain-pemain profesional mereka menerima gaji yang lebih besar dari pemain Dota 2.

Foto: Valve

Secara purata gaji pemain CS 2 adalah dari RM64 ribu – RM85 ribu sebulan. Terdapat juga beberapa pemain bintang terkenal mempunyai gaji mencecah RM200 ribu sebulan. 

Foto: Valve

Dalam Dota 2 gaji mereka adalah dalam lingkungan RM42 ribu – RM64 ribu sebulan dan hanya pemain profesional elit sahaja yang boleh menerima gaji mencecah RM85 ribu sebulan.

Permainan esukan mana lagi yang anda rasa mempunyai gaji yang sangat besar?

RELATED NEWS

+