Semalam, laman rasmi Twitter/X OGEsports membuat satu ciapan berkongsi kejayaan Innocent meraih rank Immortal dalam Dota 2.
SRG OG Innocent tidak asing lagi buat peminat MLBB Malaysia sebagai antara pemain Gold Lane terhebat.
Buat anda yang tidak bermain Dota 2, rank Immortal adalah rank yang paling tinggi dalam permainan. (ini tidak termasuk Rank Immortal Top-1000, Top-500 & top 50-100)
Dalam erti kata lain rank ini adalah lebih kurang sama dengan rank Mythic dalam MLBB.
SRG.OG Innocent just hit immortal in Dota 2 – bro is cooking on both PC and mobile 🔥 pic.twitter.com/xsLJTp0XJJ
— OG (@OGesports) June 3, 2025
Menurut hawk.live salah satu laman web statistik Dota 2, pemain-pemain Immortal merangkumi hanya 1.9% pemain sahaja di dunia dan mempunyai MMR sebanyak 5620-8300 MMR.
Masa, kemahiran, teknik dan pengetahuan yang diperlukan untuk mendapatkan rank Immortal ini bukanlah mudah terutamanya buat Dota 2 yang sentiasa mempunyai meta berbeza dan perubahan-perubahan besar yang mengubah segalanya.
Satu perlawanan Dota 2 boleh memakan masa dari 30 minit – 1 jam atau lebih. Ini tidak mengira menang atau kalah.
Tidak dinafikan berkemungkinan besar Innocent sudah lama bermain Dota 2 dan menggunakan pengalamannya dari MLBB dan Dota 2 untuk mencapai kejayaan ini.

setahun yang lepas