Permainan seakan Smash Bros., MultiVersus bakal ditutup Mei ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

MultiVersus dari Warner Bros. Games bakal menutup tirai Mei tahun ini dan musim kelima adalah musim terakhir untuk permainan ini.

Usaha Warner Bros. Games untuk meniru formula Smash Bros. kali ini tidak berjaya untuk menarik perhatian ramai peminat.

Pengumuman ini dibuat di blog MultiVersus mengenai apa yang pemain perlu tahu sebelum permainan ini ditutup.

MultiVersus Musim kelima akan bermula pada 4 Februari sehingga 30 Mei ini sahaja di mana Aquaman dan Lola Bunny yang menjadi dua karakter terakhir untuk permainan ini.

Pemain juga tidak lagi boleh membeli Gleamium untuk skins dan item yang lain.

Pihak Warner Bros. Games juga berterima kasih kepada setiap pemain yang menyokong MultiVersus.

Versi offline bakal menjadi pengganti untuk permainan ini selagi anda mempunyai save data bagi MultiVersus.

RELATED NEWS

+