Walaupun permainan video live-service mendominasi industri, tetapi model ini secara perlahan hilang momentum terutamanya di Jepun.
Menurut laporan di Automaton, tidak banyak permainan video sebegini melepasi 3 tahun.
Kajian ini dibuat oleh Ayashii Rinjin seorang penulis permainan video yang mengkhususkan permainan video live-service dan gacha telah mengongsikan kajiannya.
ソシャゲが3年で死ぬというソースを調べていてふと自分が集めた現在約2200件あるサービス終了リストの集計を見たら3年目までに終了したゲームが7割ぐらいで、ウ、ウワー!!ってなってる pic.twitter.com/k7N1u3whZy
— 怪しい隣人 (@BlackHandMaiden) November 12, 2025
Mengikut data dari 2,200 permainan, lebih 70% gagal mencapai tahun ketiga. Kebanyakan permainan video ini menamatkan perkhidmatan pada tahun kedua.
Terjemahan Data:
| Menamatkan perkhidmatan dalam 3 bulan (0~90 hari) | 28 |
| Menamatkan perkhidmatan dalam 6 bulan (91~182 hari) | 163 |
| Menamatkan perkhidmatan dalam 1 tahun (183~365 hari) | 501 |
| Menamatkan perkhidmatan dalam 2 tahun (366~730 hari) | 554 |
| Menamatkan perkhidmatan dalam 3 tahun (731~1095 hari) | 295 |
| Menamatkan perkhidmatan dalam 4 tahun (1096~1460 hari) | 178 |
| Menamatkan perkhidmatan dalam 5 tahun (1461~1825 hari) | 135 |
| Menamatkan perkhidmatan dalam 6 tahun (1826~2190 hari) | 89 |
| Menamatkan perkhidmatan dalam 7 tahun (2191~2555 hari) | 69 |
| Menamatkan perkhidmatan melebihi 7 tahun (2556~ hari) | 160 |
| Jumlah permainan video yang menamatkan perkhidmatan | 2,172 |
| Jumlah permainan video yang menamatkan perkhidmatan sebelum tahun ketiga | 1,541 |
| Peratusan permainan video yang menamatkan perkhidmatan sebelum tahun ketiga | 70.9 |
| Jumlah permainan video yang menamatkan perkhidmatan sebelum tahun pertama | 692 |
| Peratusan permainan video yang menamatkan perkhidmatan sebelum tahun pertama | 31.9 |
Mengikut pasaran sekarang, sejak beberapa tahun ini perubahan untuk pembangun permainan video dijaga menjadi lebih susah untuk game live-service.
Kos pembangunan permainan video juga semakin meningkat dengan kekurangan staf untuk bekerja.
Contoh baru-baru ini ialah Tribe Nine yang ditutup 3 bulan selepas pelancaran.

Foto: Akatsuki Games
Beberapa permainan video menghentikan perkhidmatan disebabkan kekurangan dana atau sistem pengewangan yang terlalu tamak.
Untuk gacha yang melebihi 7 tahun juga memerlukan kemas kini terbaru untuk menarik pemain baru dan lama. Boleh dikatakan perkara ini adalah hikmah disebalik kejadian di mana tidak semua permainan video mampu membuat sebegini.
Setakat ini permainan video Free-to-play banyaknya datang dari China. Malah permainan video seperti Duet Night Abyss dan ANANTA telah membuang sistem gacha dari permainan video mereka dan menukarkan sistem pengewangan kepada kosmetik.
Gacha kini kian berubah dan banyak pembangun cuba untuk mengubah sedikit demi sedikit untuk memastikan ia mampan dalam jangka masa panjang.

setahun yang lepas