Kita kembali lagi dengan laporan tentang permainan percuma PC mingguan daripada Epic Games Store. Untuk minggu ini, platform tersebut menawarkan Amnesia: A Machine for Pigs dan Kingdom: New Lands.
Kedua-dua permainan tersebut boleh dimuat turun sekarang dan tawaran ini akan berakhir pada 22 Oktober ini. Pada minggu seterusnya, Costume Quest 2 dan satu lagi permainan seram iaitu Layers of Fear 2 akan menggantikan dua permainan yang ditawarkan pada minggu ini.
Sesuai dengan bulan sambutan Halloween, Amnesia: A Machine for Pigs ialah sekuel tidak langsung kepada permainan seram popular Amnesia: The Dark Descent. Ia dibangunkan oleh The Chinese Room dan Frictional Games, pembangun permainan Amnesia yang pertama.
Sama seperti Amnesia: The Dark Descent, Amensia: A Machine for Pigs ialah sebuah permainan first-person survival horror di mana pemain akan berhadapan dengan pelbagai raksasa yang menakutkan dan tidak boleh menggunakan apa-apa senjata. Unsur-unsur utama ialah penyelesaian tekaria dan pengurusan item.
Kingdom: New Lands pula merupakan permainan strategi 2D side-scroller yang memberikan pemain tanggungjawab menjadi seorang raja atau permaisuri yang perlu membina kerajaan sendiri, dan mempertahankan diri daripada raksasa pada setiap malam.
Untuk mendapatkan kedua-dua permainan ini, anda hanya perlu muat turun aplikasi Epic Games Store dan mendaftarkan sebuah akaun Epic Games.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

setahun yang lepas