Les’ Copaque production dan Steamline Studios hari ini mengumumkan Upin & Ipin Universe permainan pengembaraan dunia terbuka yang diinspirasikan dari animasi Upin & Ipin akan dilancarkan secara rasmi 17 Julai ini.
Anda boleh bermain Upin & Ipin secara berseorangan atau bersama-sama rakan dan keluarga anda.
Upin & Ipin Universe akan membawa anda ke kehidupan seharian dua adik-beradik ini di Kampung Durian Runtuh.

Foto: Streamline Studos
Pelbagai elemen budaya kampung Malaysia akan dimasukkan yang sudah pasti akan mengimbau kembali nostalgia ketika anda kecil-kecil dahulu.
Terdapat juga pelbagai jenis aktiviti yang ada boleh lakukan seperti memasak, bercucuk-tanam, mengembara kampung dengan basikal, memancing dan pelbagai lagi aktiviti lain beserta dengan penceritaan tersendiri khas buat Upin & Ipin Universe yang akan mengambil masa 12 jam.

Foto: Streamline Studio
Setiap hari akan terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh buat mengikut kesukaan anda.
Lebih menarik Upin & Ipin Universe tarikh pelancaran permainan ini adalah seiring dengan sambutan ulang tahun ke-20 Les’ Copaque.
“Upin & Ipin Universe bukan sekadar sebuah permainan, iaadalah surat cinta kepada budaya dan tradisi Asia Tenggara yang penuh warna dan kehidupan.” kata Alexander Fernandez Ketua Pegawai Esekutif Steamline Media Group.
Upin & Ipin Universe akan dijual dengan harga AS$39.99 (RM160-170) di kesemua pelantar.
Foto: Streamline Studios
Permainan ini akan hadir di pelantar Steam, Epic Games Store, PlayStation 4 dan 5 serta Nintendo Switch.
Majulah industri permainan video negara!

setahun yang lepas