Curve Digital telah mengumumkan bahawa permainan video terbitan mereka Peaky Blinders: Mastermind akan dilancarkan pada 20 Ogos ini. Ia akan tiba di PC (Steam), PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch, dan Xbox One.
Peaky Blinders: Mastermind merupakan sebuah permainan video di mana para pemain mengawal ramai watak-watak utama dan sampingan dari siri Netflix Peaky Blinders untuk menyelesaikan pelbagai jenis misi.
Pemain harus merancang setiap pergerakan dan tindakan ahli-ahli Peaky Blinders untuk melakukan perkara-perkara seperti menyelinap masuk bangunan, menewaskan musuh, mencuri wang, dan macam-macam lagi.
Jika anda merupakan peminat tegar Peaky Blinders, mungkin ini sebuah permainan video yang anda patut cuba.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

setahun yang lepas