Persona 5 Mencatatkan Rekod Baru – Terjual Lebih 2.2 Juta Unit Di Seluruh Dunia

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Hari ini, syarikat permainan video Jepun, Atlus mengumumkan laporan pendapatan syarikat dan menunjukkan hasil keuntungan Persona 5 yang kini terjual lebih 2.2 juta unit di seluruh dunia.

Sebelum ini, Persona 5 yang juga permainan berkonsepkan turn based combat dan mengumpul persona itu dilaporkan terjual sebanyak 2 juta unit pada Disember. Game terbaru dari siri Persona itu dipasarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation3 pada September 2016 di Jepun dan di seluruh dunia pada 4 April selepas delay beberapa lama.

Dalam perkembangan sama. Persona 5 akan dikembangkan dengan menambah entri baru iaitu Persona 5 Dancing Star Night, satu game berkonsep irama yang akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation Vita tak lama lagi.

Sumber: Animenewsnetwork

 

RELATED NEWS

+